Hari nie saya tak nak berkongsi tentang pengalaman temuduga polis yang saya pernah alami tapi saya nak berkongsi pandangan saya serta tips yang boleh para calon ambil perhatian dalam temuduga konstabel lelaki. Saya bukanlah pakar dan bukan orang yang ada pengetahuan yang luas dalam bidang kepolisian ini tapi saya hanya ingin berkongsi maklumat hasil dari pemerhatian dan penilaian yang saya sendiri jalankan. Jadi sesiapa yang nak ambil perhatian saya mengalu alukan tapi kepada sesiapa yang hendak bertanyakan soalan saya mohon maaf kerana post ini lebih kepada komunikasi sehala yang perlu dinilai dan dipertimbangkan mengikut pengetahuan sendiri ataupun kumpulan tertentu.
Berjaya dalam temuduga.
Ada 2 jalan yang boleh anda pilih dan kedua-dua jalan memerlukan kemahiran.
1. Berpengetahuan luas dalam bidang kepolisian dan undang-undang.
*Calon menghafal dan mampu menjawab soalan dari semua aspek kepolisian yang ada dalam pelbagai jenis sumber yang mampu dicapai oleh calon. Ini termasuk sejarah, latar belakang pasukan, carta organisasi, jabatan-jabatan, pangkat, kementerian, akta dan pelbagai lagi info yang berkaitan fakta serta keadaan nyata dalam pasukan polis. Tidak terkecuali teori dan falsafah yang ada tersirat dalam pasukan polis seperti misi visi, wawasan, integriti dalam polis dan pelbagai lagi terma yang calon perlu persiapan rapi bagi mencapai kejayaan dalam temuduga dengan cara ini. Di samping itu, pengaetahuan am yang melibatkan polis secara langsung hendaklah sentiasa berada dalam pengetahuan para calon sebagai benteng pengukuh fakta yang kuat dalam menjawan soalan para juri. Jadi, kepada sesiap yang memilih untuk berjaya dengan cara ini perlulah menyiapkan diri dan pengetahuan yang telah saya huraikan di atas.
2. Pandai berkomunikasi dan berketrampilan dalam menjawab soalan.
*Calon perlu menjadi seorang yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam menjali temuduka. Maksud berkeyakinan bukanlah terlebih yakin atau over confidence, tapi lebih kepada berkeyakinan dengan tahap ilmu kepolisian yang paling maksimum yamg mampu diri calon perisiapkan (tak semua orang boleh hafal semua maklumat dalam satu masa). Justeru itu para calon hendaklah sentiasa menjadikan komunikasi positif dan formal sebagai amalan harian dalam melatih diri menjadi seorang yang mampu berkomunikasi dengan baik serta jujur dalam setiap tutur katanya. Calon juga perlu menunjukkan kesungguhan yang paling maksimum dalam proses menambat hati penemuduga agar mereka faham bahawa anda adalah seorang calon yang mesti berjaya dalam temuduga itu (semua yang pergi temuduga nak berjaya, orang yang tak nak berjaya dalam temuduga hanya orang itu tahu kenapa dia tak nak berjaya). Sekiranya calon mempunyai bakat yang berkaitan sila ketahui bahawa anda ada sesuatu yang penemuduga inginkan sebagai contoh anda boleh berkawat, boleh mengendalikan senjata, boleh melakukan pelbagai tugas, berkemahiran dalam bidang perkakasan dan perisian komputer, serta pelbagai lagi kemahiran yang anda rasa anda mampu lakukan lebih baik dari orang lain. Jadi, kepada calon yang memilih untuk berjaya dalam temuduga dengan cara ini anda perlu siapkan diri anda dengan persiapan yang saya telah huraikan di atas.
Namun begitu pada pandangan saya, calon perlu menggunakan kaedah yang lebih dinamik dan fleksibel agar calon tidak menjadi panik sekiranya gagal dalam menjawab soaln yang diajukan pihak juri. jalan yang terbaik adalah mengambil langkah-langkah dari kedua-dua cara yang saya telah huraikan di atas. Sekiranya anda tidak dapat menjawab soalan berbentuk fakta anda boleh cuba mengubah pandangan panel penemuduga kepada kemahiran atau bakat yang calon miliki. Begitu juga sebaliknya jika calon gagal dalam berkomunikasi dalam hujah keperibadian calon boleh mencuba untuk menghuraikan fakta yang penting dan dirasakan bernas bagi mendapatkan perhatian panel penemuduga.
Kesimpulannya...... calon perlu mengasah kemahiran berkomunikasi setajam-tajamnya dan memastikan fizikal dan mental dalam keadaan bersedia. Akhir sekali sebelum penutup......BERSUNGGUH!!!!!! BERSUNGGUH!!!! BERSUNGGUH!!!!!!!
PENUTUP.
DOA DAN TAWAKKAL
P/S: Sekiranya anda seorang muslim jangan lupa solat hajat.